Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Majlis Pelancaran Karnival SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dataran Perayaan Stadium Sarawak, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Karnival SUKMA 2024 bawa limpahan rezeki kepada usahawan tempatan – Abdul Karim

ByRegina Lee

KUCHING, 17 Ogos: Karnival Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak 2024 dilihat bukan sekadar menghimpunkan orang ramai memberikan sokongan kepada para atlet yang bertanding tetapi mampu membawa keuntungan kepada usahawan tempatan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, karnival anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) itu diadakan di semua lokasi yang terlibat dengan SUKMA.

“Kita tidak mahu orang ramai datang hanya untuk menyaksikan acara SUKMA yang sedang berlangsung, tetapi kita mahu limpahan daripada penganjuran karnival ini juga menguntungkan masyarakat tempatan.

“Karnival ini dianjurkan di kesemua sembilan bahagian yang terlibat dengan SUKMA, jadi limpahan ekonomi itu amat besar,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Karnival SUKMA XXI Sarawak 2024 di Dataran Perayaan Stadium Sarawak, hari ini.

Ujar Abdul Karim, masyarakat dapat menyaksikan acara SUKMA yang dipertandingkan secara langsung melalui skrin gergasi yang disediakan di samping menikmati makanan dan minuman yang dijual oleh usahawan tempatan.

Seramai 110 gerai makanan yang terdapat di Dataran Perayaan Stadium Sarawak dan pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi Karnival SUKMA, antaranya persembahan kebudayaan, promosi produk pelancongan, pertandingan karaoke, demonstrasi masakan, demonstrasi produk, pertandingan mewarna dan lain-lain.

“Semua orang (orang ramai dan para atlet) berseronok, para usahawan pun teruja,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan