Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ph'ng Lebin beraksi dalam acara Kata Individu Wanita di IKBN, Miri, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Karate: Ph’ng Lebin raih gangsa buat Pulau Pinang

ByAkma Salleh

MIRI, 17 Ogos: Atlet Karate Pulau Pinang, Ph’ng Lebin meraih pingat gangsa pertama sejak menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) pada edisi lalu.

Ph’ng, 20, cuba berpuas hati dengan hasil aksinya hari ini susulan berjaya melangkah ke pusingan akhir.

“Ini merupakan pingat pertama saya selepas bergelar atlet. Walaupun pusingan pertama tidak memuaskan tapi saya berjaya ke pusingan akhir dengan satu gangsa,” katanya ketika ditemui TVS di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Miri, di sini, hari ini.

Sementara itu, jurulatihnya, Thor Chee Yee, 32, berkata, terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan oleh Ph’ng di awal aksi Kata.

“Pada mulanya saya lihat dia (Ph’ng) ada membuat sedikit kesilapan dan dia berjaya menghabiskan tiga Kata, walaupun pasukan sebenarnya berharap dia mampu mara ke final dengan empat Kata.

Apa-apapun syukur, dia berjaya mendapat gangsa,” katanya.

Thor menambah, jika dibandingkan semasa sesi latihan, prestasi Ph’ng lebih baik namun hari ini beliau mengakui gementar bertemu tuan rumah (Sarawak).

“Saya tidak menafikan saya turut berasa gementar bertemu Sarawak kerana Sarawak menunjukkan aksi yang baik semasa persembahannya tadi,” jelasnya lagi.

Ditanya pula berhubung pelapis dan medal prospect bagi menggantikan Ph’ng, Thor berkata perkara itu akan diputuskan kelak memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir Ph’ng menyertai SUKMA.

“Sudah tentu, pada masa akan datang kita ada pelapis bagi Kata Individu Wanita bagi menggantikan Ph’ng dan bertanding pada SUKMA seterusnya,” tambah Thor lagi.

Karate bagi kategori wanita yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara bakal menyaksikan lapan acara yang dipertandingkan iaitu Kata Individu, Kata berpasukan, Kumite Individu Wanita (-50 kilogram), Kumite Individu Wanita (-55 kg), Kumite Individu Wanita (-61 kg), Kumite Individu Wanita (-68 kg), Kumite Induvidu Wanita (+68 kg) dan Kumite Berpasukan.

Manakala, bagi kategori lelaki pula menyaksikan sembilan acara iaitu Kata Individu Lelaki, Kata berpasukan, Kumite Individu Lelaki (-55kg), Kumite Individu Lelaki (-60kg), Kumite Individu Lelaki (-67kg), Kumite Individu Lelaki (-75kg), Kumite Individu Lelaki (-84kg), Kumite Individu Lelaki (+84kg) dan Kumite berpasukan.

Acara ini akan berlangsung tiga hari bakal melabuhkan tirainya pada 19 Ogos nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan