Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Karate Wanita (Perlis), Bernice Low Yu Han. Foto Akma Salleh

Karate: Bernice raih gangsa buat Perlis, tumbangkan Negeri Sembilan

ByAkma Salleh

MIRI, 17 Ogos: Masalah kesihatan tidak menghalang atlet Karate, Bernice Low Yu Han dari Perlis beraksi membuahkan pingat gangsa dalam kategori individu wanita hari ini

Meskipun menghidapi selesema, Bernice berjaya menumbangkan lawannya dari Negeri Sembilan dalam kemunculan sulungnya pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi kali ini.

“Pada pusingan kedua Kata, saya fikir saya boleh membuat aksi yang lebih baik lagi tetapi disebabkan saya masih berasa kurang sihat dan mengalami selsema, ia mengganggu sedikit fokus saya. Tapi saya gembira kerana saya boleh meraih gangsa.

Ini gangsa pertama saya, dan ini juga merupakan kali pertama saya menyertai SUKMA,” katanya kepada TVS di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Bernice juga mendedahkan saingan kuatnya dalam acara Kata merupakan pencabar dari Pulau Pinang.

“Penang memang padu tapi saya akan cuba sebaik yang mungkin jika diberi peluang untuk bertemu Pulau Pinang,” katanya lagi. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found