Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hi Ji Rong ketika ditemui media di Pusat Skuasy Sarawak. Foto TVS

Jia Rong nekad sumbang pingat di SUKMA terakhir

ByTVS

KUCHING, 17 OGOS: Pemain perseorangan skuasy Sarawak, Hi Jia Rong bertekad mahu menamatkan kempen SUKMA Sarawak 2024 dengan menghadiahkan emas buat kontinjen Bumi Kenyalang.

Kejayaan menundukkan Nickhileswar Moganasundharam dari Pulau Pinang dengan kiraan mata 3-1 pada aksi pertama skuasy perseorangan lelaki pada Jumaat membolehkannya layak ke pusingan suku akhir hari ini.

Kemenangan itu membakar semnagatnya untuk menyumbang pingat kepada Sarawak menerusi penampilan terakhirnya dalam temasya SUKMA.

“Saya harap dapat melakukan yang terbaik untuk pusingan seterusnya bagi mendapatkan pingat untuk Sarawak kerana ini merupakan penampilan terakhir saya dalam SUKMA.

“Kerja keras yang dilakukan selama ini, saya harap dapat melakukan yang terbaik di suku akhir, seterusnya mara ke semi final,” katanya ketika ditemui di Pusat Skuasy Sarawak pada Jumaat.

Mengakui pentas suku akhir bakal berdepan cabaran sukar, namun Jia Rong enggan memberi laluan mudah buat pencabarnya.

“Jika saya menang, saya akan mara ke separuh akhir, namun perlawanan ini pasti akan sengit, kerana sebelum ini saya pernah mengalahkannya,” katanya. – TVS

Tags: skuasy, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan