Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih pasukan Sarawak, Foto Katherine Khoo Sen Sen

Bola jaring: Kedah menang tipis ke atas Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 17 Ogos : Pasukan bola jaring Sarawak tewas tipis di tangan Kedah dalam aksi Kumpulan B pada perlawanan sulung temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21, hari ini.

Perlawanan yang diadakan di Dewan Politeknik Mukah itu menyaksikan Kedah mendahului Sarawak dengan tiga mata, berakhir dengan keputusan 48-45.

Jurulatih pasukan Sarawak, Katherine Khoo Sen Sen, menyifatkan perlawanan tersebut sebagai sengit, namun masih optimis terhadap peluang pasukannya dalam temasya ini.

“Ini adalah perlawanan pertama dan agak sengit, namun kita masih mempunyai peluang untuk terus beraksi.

“Mungkin pada perlawanan lain, kita akan membaiki strategi permainan bagi memastikan kita mara ke peringkat seterusnya,” katanya ketika ditemui para media selepas tamat perlawanan tersebut.

Sarawak bakal bersemuka dengan pasukan Terengganu dalam perlawanan seterusnya pada jam 12.30 tengah hari, esok.

Katherine turut menyuarakan keyakinan bahawa pasukan bola jaring Sarawak mampu meraih pingat dalam SUKMA XXI ini.

“Walaupun tadi kita kalah, tetapi saya rasa ini adalah perlawanan yang sengit untuk mereka. Saya percaya pasukan kita masih berpeluang mendapat pingat lagi,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, perlawanan esok bakal menjadi penentu bagi Sarawak dalam usaha mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam temasya SUKMA kali ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan