KUCHING, Ogos 16: Kontinjen Sabah mendominasi acara Wushu bagi kategori Sanda dengan pungutan tiga pingat emas di Dewan Wushu SSC hari ini.
Ketiga-tiga pingat ini diperoleh menerusi kategori lelaki 52kg (Fyenlly Himon), kategori perempuan 48kg (Amirah Sofea Azlan) dan perempuan 52kg (Dione Babyline Fely).
Seterusnya, Wilayah Persekutuan menangi dua emas dalam kategori Sanda, iaitu kategori lelaki 56kg (Junior Thien Ji Sen) dan kategori lelaki 65kg (Chan Yue Sheng) .
Bagi kategori lelaki 60kg, pingat emas pula milik atlet Melaka, Xue Jing Loi.
Atlet Terengganu, Ekbal Dave SandhuAslam Davemeraih pingat emas dalam kategori lelaki 70kg.
Kedah juga memperolehi satu pingat emas, iaitu dalam kategori perempuan 56kg daripada Wan Nor Amni Madihah Wan Mohd Fa.-TVS