KUCHING, 16 Ogos: Atlet Wushu Pulau Pinang, Lim Jue Xin berjaya meraih emas menerusi acara Qiangshu lelaki di Dewan Wushu SSC, pagi tadi.
Jue Xin yang menumbangkan 18 pencabar lain memperoleh mata tertinggi 9.613 menjadikan kilauan emas itu ketiga dibutirkan oleh kem Wushu.
Seterusnya, pingat perak milik, Alvyn Toh Jung Hyuk dari Wilayah Persekutuan dengan mata 9.600 dan gangsa dibawa pulang oleh altet Negeri Sembilan, Hong Hao Ren.
Manakala atlet Sarawak, Damlong Ng Mao Han dengan mata 9.150 di tangga ke-11. -TVS