KUCHING, 16 Ogos: Atlet Wushu, Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua sekali lagi menghadiahkan pingat emas kepada Pulau Pinang menerusi aksi Gunshu di Dewan Wushu SSC, pagi tadi.
Kemenangan itu sekali gus menjadikan kontinjen pulau mutiara itu mengumpul empat pingat emas ketika ini menerusi Wushu.
Muhammad Danish Aizad Bin Mohd Firdaus sebelum ini meraih emas dalam Changquan lelaki berjaya menumbangkan 17 pencabar lain dengan mata 9.620.
Seterusnya pingat perak milik atlet Sabah, Ericsson Bong Cheng Loong, dengan mata 9.590, dan pingat gangsa dibawa pulang oleh altet Melaka Lee Ronn (9.576).
Sementara atlet tuan rumah, Edwin Wong Sing Yew hanya menduduki tempat ke-11 dengan mata 9.313. – TVS