Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontinjen Melaka yang memenangi tujuh pingat emas, empat perak dan lima gangsa telah meletakan negeri itu sebagai pemenang tempat pertama dalam acara sukanWushu Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024. Foto TVS

Wushu: Melaka juara keseluruhan dengan tujuh emas

ByKah Joo

Kuching, Ogos 16: Kontinjen Melaka yang memenangi tujuh pingat emas, empat perak dan lima gangsa telah meletakan negeri itu sebagai pemenang tempat pertama dalam acara sukanWushu Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Seterusnya tempat kedua milik Wilayah Persekutuan, dengan empat emas, empat perak and tujuh gangsa.

Diikuti Pulau Pinang ditempat ketiga dengan memperoleh masing-masing empat emas dan perak dan lima gangsa.

Manakala tuan rumah ditempat keempat dengan tiga emas, lima perak dan empat pingat gangsa.

Sementara itu kontinjen Sabah ditempat kelima dengan tiga emas dan satu perak.

Seterusnya adalah Selangor (2 emas dan 2 perak), Perak (1 emas, 2 perak dan 1 gangsa), Kedah (1 emas, 1 perak dan 1 gangsa), Terengganu ( 1 emas dan 4 gangsa), Brunei (1 emas dan 1 gangsa), Negeri Sembilan (1 emas dan 1 gangsa), Johor (3 perak and 4 gangsa), Perak (2 perak and 1 gangsa) and Kelantan (2 gangsa).

Acara Wushu berlangsung selama tiga hari melabuhkan tirainya hari ini di Dewan Wushu SSC. – TVS

Tags: sukma, wushu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan