Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah ketika menghadiri majlis makan malam bersama kontinjen JKR Sarawak ke Karnival Sukan Kebangsaan JKR 2024 di Kuching, pada Khamis

Uggah turun padang dengan laluan darat pantau projek Miri – Bario

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merancang untuk mengadakan lawatan menerusi laluan darat ke kawasan pedalaman Miri hingga Bario.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu bercadang untuk melakukan lawatan berkenaan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

“Minggu lepas kami telah melakukan lawatan perjalanan selama lima hari bermula dari Miri hingga Bintulu, Mukah, Kapit, Sibu dan Sarikei, secara tidak langsung meliputi sehingga 80 peratus daripada kawasan negeri.

Kami dapati ia amat bermanfaat kepada perancangan masa depan kami untuk menaik taraf terutamanya kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama kontinjen JKR Sarawak ke Karnival Sukan Kebangsaan JKR 2024 di sini pada Khamis.

Menurut beliau lawatan terbabit memfokuskan kepada kerja penyambungan kawasan rumah panjang dan kampung-kampung tanpa jambatan dan jalan raya tidak kira sama ada projek berskala besar atau kecil.

“Ia juga bertujuan untuk menaik taraf dan membaik pulih laluan-laluan balak yang terbiar dan tidak lagi aktif, kerana masih ramai lagi orang menggunakannya sebagai laluan harian mereka,” ujar beliau.

Uggah menambah lawatan terbabit turut dilakukan bagi mengemas kini kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan di lapangan sekali gus memastikan projek itu siap mengikut jadual selain membendung projek sakit.

“Kami telah melakukan taklimat dan dialog bersama wakil-wakil rakyat yang menyuarakan harapan, masalah mereka serta bantuan yang diperlukan daripada kami.

“Kami ingin secara khusus mengetahui rancangan mereka untuk meningkatkan ketersambungan jalan raya di kawasan mereka termasuk di mana jalan dan jambatan baharu akan diperlukan.

“Semua maklumat ini amat berguna untuk perancangan masa kini dan masa depan,” tegas beliau.

Dalam usaha merealisasikan Sarawak sebagai wilayah maju menjelang 2030, Uggah menggesa ketersambungan diwujudkan secepat mungkin merangkumi kesemua rumah panjang dan kampung di seluruh negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan