Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tumbukan padu Muhammad Iskandar Amir Noor Irwan dari Perak yang cukup agresif pada hari pertama acara sukan tinju bagi SUKMA Sarawak 2024 di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman malam ini membuah tuah kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Foto TVS

Tinju: ‘Perfect 5’ bawa Perak, Sabah mara ke suku akhir

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 16 Ogos: Tumbukan padu daripada Muhammad Iskandar Amir Noor Irwan dari Perak yang cukup agresif pada hari pertama acara sukan tinju bagi SUKMA Sarawak 2024 di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman malam ini membuah tuah kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Pihak juri memberikan markah ‘Perfect 5’ menjadi bukti kukuh kehebatannya yang menewaskan pencabarnya dari Perlis, Muhammad Syahril Izani Ishak bagi kategori 48kg.

Pusingan pertama dan kedua dikuasai penuh oleh Iskandar Amir walaupun Syahril Izani menguasai pada round ketiga namun tidak cukup untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Pada bout kedua, Aelfred Eter Tohiron seperti dihantui ‘Sang Badak’ mempamerkan aksi yang memukau dan menguasai ketiga-tiga pusingan dengan mata penuh 10 dan secara tidak langsung turut menerima ‘Perfect 5’ daripada barisan pengadil.

Aksi penuh mencabar itu memaksa Shafiq Farhan Hazmi Ra’azmi dari Pahang tunduk kepada kontinjen Sabah.

Sebanyak lima bout melibatkan tiga kategori iaitu 51kg, 63.5kg dan 71kg akan dipertandingkan dengan penyertaan kontinjen dari Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Perlis pada peringkat pusingan awal akan bertarung esok.

Bagi kategori 51kg, atlet dari Melaka Muhammad Yassin Lesar akan bertemu dengan Megat Muhammad Irfan dari Perak dan Ahmad Danish Mohamed Nasir dari Johor akan melalui cabaran sukar pertamanya dengan Pavithran Rajini Kanth dari Pulau Pinang yang pernah bertanding pada SUKMA selama tiga edisi lepas.

Bagi kategori 63.5kg pula, hanya satu bout diadakan melibatkan Muhammad Niyaz Wafie Khairil Anuar dari Pulau Pinang dan Danial Wahyu dari Sabah.

Dua bout bagi kategori 71kg melibatkan Jimey Kilah dari Wilayah Persekutuan akan berentap dengan tuan rumah, Marcos Robert dan Azib Zafran Zolkarnain dari Johor akan bertemu dengan Winson Saulus dari Perlis.

Sebanyak 15 pingat emas menjadi buruan kesemua kontinjen dan secara tidak langsung merebut peluang keemasan untuk menjadi juara keseluruhan edisi kali ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan