Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rahman Lariwoo (kiri) dan Datuk Snowdan Lawan (kanan) 'bertinju' sebagai simbolik perasmian acara sukan itu. Foto Muqri Aziz (TVS)

Tinju: Bertarung untuk kibar jalur gemilang di gelanggang dunia

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 16 Ogos: Atlet yang bertanding bagi acara sukan tinju pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini diseru mempertingkatkan kemahiran dengan ‘skill’ baharu berikutan acara sukan itu merupakan platform tepat bagi melahirkan pelapis petinju negara.

Penolong Chef De Mission (CDM) bagi sukan tinju, Datuk Snowdan Lawan berkata sokongan yang padu terutamanya daripada keluarga pemangkin kepada kelahiran atlet tinju yang cemerlang.

“Pada SUKMA kali ini, anda semua, atlet-atlet dan barisan para pegawai hadir sebagai sebuah keluarga daripada pasukan dan negeri yang sama, memburu matlamat yang juga sama.

“Ini berterusan apabila bintang-bintang yang bakal lahir daripada SUKMA kali ini, kemudian membawa jalur gemilang memburu gemilang di pentas antarangsa, demi negara.

“Ketika itu bintang-bintang ini adalah wakil kita semua, wakil keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Acara Sukan Tinju SUKMA Sarawak 2024 di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman di sini malam ini.

Turut hadir sama Naib Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) merangkap Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo.

Bukan itu sahaja, Snowdan yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu juga mahu setiap atlet untuk berjuang dengan penuh semangat kesukanan.

“Manfaatkan peluang ini untuk memupuk semangat setiakawan sesama kita demi kesejahteraan negara Malaysia tercinta.

“Saya ingin melahirkan rasa penghargaan khas kepada semua kerajaan negeri dan persatuan persatuan sukan di semua peringkat kerana memupuk serta bercambahkan perpaduan menerusi sukan,” katanya lagi.

Seusai majlis itu, dua bout berlangsung melibatkan empat kontinjen pada malam ini membabitkan kontinjen dari Perak, Perlis, Sabah dan Pahang bagi kategori 48kg.

Pada bout pertama, Muhammad Iskandar Amir Noor Irwan dari Perak mara ke peringkat suku akhir selepas berjaya menumpaskan pencabarnya Muhammad Syahril Izani Ishak dari Perlis dan akan bertemu dengan Hassan Azam dari Kelantan pada 18 Ogos.

Manakala pada bout kedua pula, Aelfred Eter Tohiron dari Sabah mara ke peringkat suku akhir selepas berjaya menumpaskan pencabarnya Shafiq Farhan Hazmi Ra’azmi dari Pahang dan akan bertemu dengan Muhammad Imran Naim Abdullah dari Melaka pada 18 Ogos.

Esok, sebanyak lima bout melibatkan tiga kategori iaitu 51kg, 63.5kg dan 71kg akan dipertandingkan dengan penyertaan kontinjen dari Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Perlis pada peringkat pusingan awal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan