Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amir Abu Bakar (duduk, kiri), Sarbini Mahdi (duduk, tengah) dan skuad sepak takraw lelaki Sarawak pada sidang media selepas perlawanan menentang skuad Terengganu di Stadium Muhibbah, Bintulu malam Khamis. Foto Steward Dawi (TVS)

SUKMA: Skuad sepak takraw lelaki Sarawak sudah cuba yang terbaik

BySteward Dawi

BINTULU, 16 Ogos: Skuad sepak takraw lelaki Sarawak (kategori berkumpulan) telah menunjukkan prestasi permainan yang terbaik walaupun gagal menempatkan diri ke pusingan suku akhir selepas tewas kepada skuad Terengganu, 2-1 dalam perlawanan malam Khamis.

Menurut Ketua Jurulatih Pasukan Sepak Takraw Lelaki, Amir Abu Bakar, selepas ini mereka akan memberi fokus kepada kategori lain yang melibatkan peringkat kumpulan quadrant dan beregu lelaki bagi memastikan skuad lelaki meraih pingat.

“Semua pemain memang wajib terlibat dengan kategori berpasukan (berkumpulan). Setiap mereka selepas ini ada peluang lagi untuk beraksi sekali lagi dan seorang boleh mengambil bahagian dalam dua acara untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan antara skuad lelaki Sarawak menentang Terengganu di Stadium Muhibbah di sini, malam tadi.

Sementara itu, bagi Pengurus Pasukan Sarbini Mahdi pula, beliau berpuas hati melihat semangat dan mutu para pemain Sarawak yang menyertai SUKMA tahun ini.

“Kita sentiasa berhasrat untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mengambil iktibar melalui kekalahan kali ini dan terus mempersiapkan diri untuk pertandingan yang akan datang,” jelasnya.

Tambahnya, skuad sepak takraw lelaki Sarawak mahu terus memberikan persaingan yang hebat kepada pasukan lawan dalam kategori yang dipertandingkan selepas ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak, Hasweera Hassan berkata, persatuan dan Kerajaan Sarawak meletakkan harapan besar bagi pasukan Sepak Takraw Sarawak menjadi juara dan berjaya membawa pulang pingat emas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan