Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad futsal tuan rumah mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Johor dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Samarahan hari ini.

SUKMA: Skuad futsal Sarawak pamer taring benam Johor

ByBernama

KUCHING, 16 Ogos: Skuad futsal tuan rumah mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Johor dalam perlawanan Kumpulan B Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Samarahan hari ini.

Sarawak tidak menunggu lama untuk membuka jaringan hasil penyudah Mohammad Azrin Shahmin Jefery pada minit keempat permainan sebelum giliran Mohammad Aedel Izzwan Iswandi mencetak nama sebagai penjaring tiga minit kemudian.

Pasukan Johor cuba memberikan saingan menerusi gol Muhammad Dodie Al Fareq Mohd Zailani pada minit ke-11, sebelum jaringan Asyraff Zakaris pada minit ke-19 diikuti penyudah Radziman Radzuan untuk jaringan keempat tuan rumah pada minit ke 37 meranapkan kebangkitan Johor.

Kemenangan itu menyaksikan Sarawak kini berada di kedudukan kedua Kumpulan B dengan empat mata daripada dua perlawanan hasil satu kemenangan dan satu seri, dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan Perak ditangga ketiga yang juga mengutip empat mata selepas tiga perlawanan.

Dalam pada itu skuad futsal Selangor meneruskan rentak kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut pada SUKMA 2024 selepas menewaskan Pahang 2-1, sekali gus menyaksikan Selangor mengungguli Kumpulan B dengan sembilan mata.

Kumpulan A pula menyaksikan Sabah masih belum mengutip sebarang mata selepas mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut tewas kepada Pulau Pinang 2-4 manakala Wilayah Persekutuan mengalahkan Melaka 2-1.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan