Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stephanie Ngu Chai Ern muncul penyumbang terbanyak emas kontinjen Sarawak apabila meraih tiga pingat emas menerusi acara wushu. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat

ByBernama

KUCHING, 16 Ogos: Tuan rumah mengungguli carta kutipan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan mengumpul keseluruhan lapan emas setakat 10 malam ini.

Sarawak dengan semangat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ mengumpul keseluruhan lima emas hari ini dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo dan masing-masing satu dalam tenpin boling berpasangan wanita serta wushu.

Stephanie Ngu Chai Ern muncul penyumbang terbanyak emas kontinjen Sarawak apabila meraih satu lagi pingat hari ini dalam acara qiangshu yang juga koleksi ketiganya pada temasya kali ini.

Mengekori rapat tuan rumah ialah Melaka dengan tujuh emas manakala Wilayah Persekutuan di kedudukan ketiga dengan enam emas.

Naib juara edisi lepas Terengganu pula di tempat keempat manakala Pulau Pinang di tangga kelima.

Esok, sebanyak 23 pingat emas menjadi rebutan sebelum berlangsungnya upacara perasmian SUKMA 2024 di Stadium Sarawak pada 8.30 malam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan