Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan gelanggang tenis untuk acara SUKMA 2024 di Kuching, hari ini. Foto Connie Grace (TVS)

SUKMA: Sarawak berada di kedudukan terbaik untuk meraih kejuaraan

ByConnie Grace

KUCHING, 16 Ogos: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sekali lagi melaungkan keyakinan kontinjen Sarawak akan menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Menurutnya, setakat hari ini kontinjen berkenaan menunjukkan prestasi yang cukup baik dan memberi saingan sengit dalam acara disertai.

“Kita yakin mampu merealisasikan kutipan 70 pingat emas sekali gus bergelar juara keseluruhan SUKMA setelah 30 tahun penantian kita,” katanya pada sidang media selepas perasmian acara tenis SUKMA di sini, hari ini.

Setakat tengah hari, Sarawak memungut empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Mengenai acara tenis, Abdul Karim berkata 13 gelanggang sudah sedia untuk digunakan untuk SUKMA yang bermula 17 Ogos.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan