Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet tinju Johor, Muhammad Ariff Aiman Mohd Farid, mahu mempertahankan kilauan emas itu pada SUKMA 2024. Foto Muqri Aziz (TVS.

SUKMA: Ariff mahu pertahankan pingat emas diraihnya pada edisi lalu

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 16 Ogos: Selepas merangkul pingat emas dalam acara sukan tinju pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur bagi kategori Welter (67kg), Muhammad Ariff Aiman Mohd Farid, 19, dari Johor mahu mempertahankan kilauan emas itu pada edisi kali ini.

Ariff yang pernah mewakili negara pada Asian Boxing Confederation (ASBC) Championship di Astana, Kazakhstan pada tahun lalu itu juga yakin bahawa pingat itu akan dibawa pulang ke Johor serta mahu mengekalkan rekod tanpa kalah pada SUKMA.

“Sudah pasti saya mahu cuba sedaya mungkin bagi memastikan pingat emas itu kekal milik saya dan juga Johor.

“Banyak latihan serta teknik yang telah saya pelajari daripada jurulatih saya dan sudah tentu akan saya tonjolkan di dalam gelanggang,” katanya secara ringkas ketika ditemui TVS di sini, semalam.

SUKMA 2024: Johor ada strategi raih emas dalam ‘laluan sukar’ tinju

Ariff Aiman akan bertemu dengan Md Kamil Imran Mat Jidin dari Kelantan pada suku akhir bagi kategori welter pada Isnin ini di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman.

Terdahulu, jurulatih pasukan tinju Johor, Awang Affandey Awang Kati berkata kontinjen mereka mensasarkan satu pingat emas menerusi kategori welter dan memiliki senjata rahsia demi menjulang kemenangan untuk Johor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan