Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan sepak takraw wanita Sabah bersorak kegembiraan apabila merangkul pingat emas selepas menumbangkan Sarawak, 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Muhibbah, Bintulu malam ini. Foto Steward Dawi (TVS)

Sepak takraw: Pasukan wanita Sabah raih emas, tumbangkan tuan rumah

BySteward Dawi

BINTULU, 16 Ogos:  Pasukan sepak takraw wanita Sabah berjaya menyumbang pingat emas pertama kepada kem itu selepas mengalahkan Sarawak 3-0, dalam perlawanan akhir di Stadium Muhibbah, Bintulu malam ini.

Menurut Presiden Persatuan Sepak Takraw Sabah, Rosle Ibrahim, skuad wanita Sabah telah mengekalkan kesemua pingat emas yang pernah diraih mereka pada Sukan Malaysia (SUKMA) pada edisi sebelum ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain sepak takraw wanita (berpasukan) Sabah yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan memudahkan mereka merangkul pingat emas untuk kategori ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Muhibbah, Bintulu sebentar tadi.

Rosle turut mengakui salah satu faktor kemenangan anak buahnya menyaksikan dalam kalangan pemain mereka memiliki pengalaman dan pernah mengambil bahagian dalam SUKMA sebelum ini.

“SUKMA tahun ini Sabah membariskan pemain-pemain wanita lama dan baru.

“Tidak semua yang pernah bermain dalam SUKMA yang lepas berentap,” jelasnya.

Tambahnya, bagi pasukan sepak takraw lelaki Sabah mereka tidak meletakkan sasaran sebarang pingat kali ini kerana melihat mereka hanya menjalani latihan selama sebulan sebelum berentap di Bumi Kenyalang.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pasukan Sepak Takraw Sabah, Daut Amba berkata, bagi menghadapi perlawanan melibatkan kategori double, quadrant dan beregu, yang akan dipertandingkan selepas ini, semua jurulatih akan berbincang untuk memilih pemain yang bakal diturunkan di dalam kategori berkenaan.

“Kami juga optimis untuk memburu emas di dalam kesemua kategori yang akan dipertandingkan itu,” katanya.

Sarawak yang tewas kepada Sabah dalam perlawanan akhir itu mendapat pingat perak, manakala Perak mendapat gangsa.

Majlis penyampaian pingat bagi kategori lelaki dan wanita berpasukan sepak takraw akan diadakan esok hari iaitu 17 Ogos 2024 di Stadium Muhibbah, Bintulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan