Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari bercakap pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan akhir acara Taekwondo di Stadium Perpaduan di sini pada Jumaat. Foto TVS

RM15,000 untuk pingat emas Sarawak – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 16 Ogos: Atlet Sarawak yang memenangi pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2024 akan mendapat insentif berjumlah RM15,000.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mengumumkan pemenang pingat perak pula akan diberi insentif RM5,000, manakala pemenang pingat gangsa RM3,000.

Beliau berharap pemberian insentif itu bakal menyemarakkan semangat para atlet untuk meraih lebih banyak pingat selepas ini.

“Ini adalah suntikan untuk kita membuihkan sokongan dan dorongan supaya sukan ini boleh menjadi kerjaya.

“Apabila mereka mencapai tahap lebih tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa, ia akan mengharumkan nama Sarawak seperti mana dilakukan Pendelela, Bonnie dan lain-lain,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan akhir acara Taekwondo di Stadium Perpaduan di sini pada Jumaat.

Menurut Abang Johari, insentif akan diberikan untuk setiap pingat yang dimenangi setiap individu dengan memetik contoh Stefanie Ngu yang memenangi tiga pingat emas untuk Sarawak dalam acara Wushu.

“Tiga kali (RM) 15,000, maknanya RM45,000 lah untuk dia,” ujar beliau.

Menurut Abang Johari Kerajaan Sarawak memutuskan pemberian insentif terbabit dengan mengambil kira jumlah jangkaan pingat yang bakal dimenangi kontinjen Sarawak.

Jelas beliau implikasi ke atas kewangan negeri sudah pun diambil kira dengan melakukan pengiraan peruntukan untuk insentif tersebut.

“Kalau Sarawak sudah ada sikit pendapatan, mengapa tidak kita beri balik kepada rakyat?” kata Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan