Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sektor swasta terutama syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi supaya meneliti semula skim gaji mereka bagi memberikan imbuhan yang lebih munasabah kepada pekerja-pekerja. Foto fail Bernama

PM Anwar harap sektor swasta teliti semula skim gaji agar lebih munasabah

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sektor swasta terutama syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi supaya meneliti semula skim gaji mereka bagi memberikan imbuhan yang lebih munasabah kepada pekerja-pekerja.

Beliau berkata reformasi gaji perkhidmatan awam adalah mesej kepada syarikat swasta supaya dapat menaikkan gaji pekerja agar tekanan kos hidup mereka dapat dikurangkan.

Perdana Menteri berkata sektor swasta juga perlu mengambil kira gaji minimum penjawat awam yang melebih RM2,000.

“Saya harap sektor swasta akan meneliti semula (gaji) supaya tekanan kepada rakyat, golongan pekerja itu dapat dikurangkan, dengan ada skim kenaikan gaji yang lebih munasabah, terutama syarikat-syarikat yang mencatat keuntungan besar. Tak ada sebab kenapa gaji kurang daripada RM2,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 bertemakan ‘Perkhidmatan Awam MADANI’, di sini hari ini.

Anwar berkata kenaikan gaji penjawat awam adalah untuk memberi pengiktirafan kepada mereka bukan hanya atas khidmat, tetapi prestasi penjawat awam harus diperbaiki dan dipertingkat.

Beliau berkata kenaikan gaji itu dilakukan melalui transformasi yang radikal dan peralihan yang besar memandangkan ia melibatkan soal kebertanggungjawaban, dan kenaikan itu melibatkan prestasi, bukannya time-based semata-mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan