Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saifuddin mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa hari ini. Foto TVS

Kerajaan Sarawak komited selesai isu rakyat tiada dokumen pengenalan diri – Saifuddin

ByAdlina Rahman

KUCHING, 16 Ogos: Kerajaan Sarawak komited dalam membantu rakyatnya menangani isu berkaitan dokumen pengenalan diri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Perkara itu diakuinya berikutan menyaksikan kerajaan negeri itu giat menyediakan bantuan daripada segi logistik sekali gus memberi kemudahan akses kepada kementeriannya untuk ke kawasan pedalaman Sarawak bagi menangani isu berkenaan.

Menurutnya inisiatif berkenaan telah dilaksanakan menerusi jawatankuasa induk pasukan petugas khas yang dipengerusikan bersama oleh KDN dan Kerajaan Sarawak yang bertujuan untuk memudahcara rakyat di wilayah ini untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri.

“Dengan kombinasi ini, jawatankuasa bersama ini pertama memudahkan kami (KDN) untuk sampai ke kawasan pendalaman, berpandukan data yang dikumpulkan oleh kerajaan negeri.

“Komitmen kami pula adalah sebagai agensi yang mengikut undang-undangnya yang memiliki autoriti untuk memproses permohonan sedia ada. Jadi melalui kerjasama ini dia membantu kami untuk menyelesaikan keadaan di mana berlakunya segment dalam maysarakat yang belum memilikinya (dokumen pengenalan diri),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai jumlah kelulusan permohonan kad pengenalan diri di Sarawak, beliau berkata satu perbincangan akan diadakan pada esok dan ia akan diumumkan pada sidang media yang bakal diadakan hari sama.

“Ini akan diadakan esok, mesyuarat yang lebih komprehensif di mana kami akan meneliti satu persatu berapa jumlah permohonan, apa kesa yang berlaku, permohonan ini akan dimasukkan ke kategori berapa semua itu akan kami bentangkan dan akan ada satu sidang media untuk saya kongsi berkenaan dengan progress,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kesediaan KDN untuk meneroka dan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pelaksanaan pusingan kerja (job rotation) bagi menangani isu salah laku dalam kalangan pegawai awam.

Saifuddin berkata selain menangani isu berkaitan salah laku, cadangan itu mampu memberi peluang kepada penjawat awam membina kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu jurus kerja.

“Saya segera berbincang dengan Ketua Setiausaha saya untuk kami menyambut hasrat atau cadangan Perdana Menteri tadi untuk melihat agensi mana yang perlu memulakannya (job rotation).

“Tujuannya bukan berniat untuk memandang serong tetapi lebih kepada menyambut seruan cadangan Perdana Menteri bahawa ‘job rtotation’ adalah satu pendekatan yang membolehkan sistem kecekapan dan penyampaian dalam kalangan penjawat awam ditingkatkan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan