Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih Karate pasukan Terengganu Muhammad Alif Haikal ketika ditemui TVS di Dewan IKBN, Miri di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS).

Karate: Terengganu yakin mampu pertahan dua emas

BySalasiah Safian

MIRI, 16 Ogos: Pasukan Karate Terengganu yakin mampu mempertahankan dua emas yang dimenangi dalam acara karate pada SUKMA 20 yang lepas.

Jurulatihnya, Muhammad Alif Haikal berkata, walaupun agar sukar untuk mendapatkan pingat tersebut namun pasukannya akan melakukan yang terbaik.

“Sasaran adalah dua emas dan lima gangsa. Sasaran dua emas adalah dari atlet kebangsaan kita.

“Kali ini agak sukar namun saya yakin kita mampu pertahankan dua emas dan gangsa yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Dewan IKBN Miri, di sini hari ini.

Tambahnya, antara negeri yang memberikan saingan kepada Terengganu adalah Johor, Selangor dan Sabah.

Untuk rekod, Terengganu berjaya meraih emas bagi kategori wanita atas 68kg dan wanita bawah 61kg pada SUKMA 2022.

Acara karate akan membuka tirainya esok, Sabtu, 17 Ogos di Dewan IKBN, Miri.

Kategori yang dipertandingkan adalah Kata Individu (lelaki dan wanita), Kumite Individu Lelaki (55kg), Kumite Individu Wanita (50kg), Kumite Individu Lelaki (60kg), Kumite Individu Wanita (55kg), dan Kumite Individu Lelaki (67kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan