Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan pertukaran dokumen Surat Niat antara Jabatan Hutan Sarawak dengan University of the Sunshine Coast, Australia.

Jabatan Hutan Sarawak perluas komitmen kerjasama dengan Universiti di Australia

ByOdleen Catherny

BRISBANE, 16 Ogos: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Hutan Sarawak meluaskan sumber kepakaran melaksanakan kajian menerusi kerjasama dengan University of the Sunshine Coast, Australia (UniSC).

Kenyataan daripada Pejabat Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memaklumkan bahawa komitmen kerjasama ditunjukkan melalui majlis menandatangani serta bertukar Surat Niat (LOI) antara jabatan itu dan UniSC menandakan langkah permulaan perbincangan sekali gus mencapai persefahaman bersama.

“Kerjasama itu antara lain mengetengahkan pertukaran maklumat teknikal, kolaborasi kajian dan penyelidikan, perkongsian ilmu dan teknologi merangkumi pengumpulan data, formula perbincangan dan analisis, pembangunan atau pelaksanaan perkara berkaitan perhutanan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Pertukaran LOI itu disaksikan Awang Tengah baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohamad menandatangani LOI berkenaan manakala Naib Canselor dan Presiden, Profesor Helen Bartlett pula mewakili UniSC.

Turut berlangsung pada majlis itu adalah taklimat berkaitan pembentangan penyelidikan daripada empat pensyarah dan penyelidik UniSC serta Institut Penyelidikan Perhutanan.

Antara topik yang dibincangkan termasuk Pembiakan dan Silvikultur untuk Meningkatkan Produktiviti dan Nilai Perladangan serta Pengurusan Serangga Perosak di Hutan Ladang Borneo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan