Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Altet dari Wilayah Persekutuan Wong Hong Man beraksi hebat dalam acara Jianshu lelaki, memenangi pingat emas.

Wushu: Wilayah Persekutuan butir satu lagi emas

ByKah Joo

KUCHING, 15 Ogos: Wilayah Persekutuan berjaya meraih satu lagi pingat emas hari ini menerusi acara Wushu pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Dewan Wushu SSC, di sini.

Atletnya, Wong Hong Man beraksi hebat dalam acara Jianshu lelaki, dengan markah 9.580 diikuti pingat perak milik altet Kedah dengan markahnya 9.556, dan altet Kelantan pulang dengan gangsa.

Setakat ini, kedua-dua emas yang diperoleh Wilayah Persekutuan dipungut daripada acara Wushu iaitu kategori Jianshu dan Taijijian.

Manakala tuah rumah yang diwakili Damlong Ng Mao memperoleh markah 9.203 iaitu ditempat ke-11 daripada 17 peserta yang mempertaruhkan kebolehan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan