KUCHING, 15 Ogos: Kemenangan Wong Kai Xin dari Melaka memperoleh emas menerusi acara Wushu kategori Daoshu wanita hari ini menjadikan kontinjennya memperoleh kesemua kilauan pingat itu dibutirkan dalam sukan berkenaan.
Kai Xin berjaya menumbangkan tujuh pencabar dengan mata 9.600 sekali gus menundukkan Coleen Wei Qi dari Pulau Pinang dengan pingat perak dan Lee Jia Ron dari Johor membawa pulang gangsa di Dewan Wushu SSC, di sini.
Altet Penang Coleen Wei Qi juga berprestasi dengan baik, dengan mata 9.586 menang pingat perak, dan pingat gangsa jatuh kepada Lee Jia Ron dari Johor(9.520).
Sementara, atlet Sarawak, Chai Xin Fong dengan markah 9.490 terlepas pingat dengan menduduki tempat keempat. -T