KUCHING, 15 Ogos: Walid Lachkar menghadiahkan pingat emas pertama Brunei menerusi acara Wushu (Daoshu lelaki) pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 selepas 10 tahun memenanginya pada edisi 2014 di Perlis.
Atlet berusia 18 tahun itu menumbangkan 17 pencabar lain dengan mata tertinggi 9.613 seterusnya dengan cuma jarak 0.003 mata altet Melaka dari Lee Ronn (9.593) merangkul perak dan gangsa milik atlet Wilayah Persekutuan, Kwan Yin Jie dengan 9.590 mata.
Manakala atlet tuan rumah, Edwin Wong Sing Yew yang kekurangan 0.004 mata iaitu 9.586 menduduki tempat keempat.
Walid bakal beraksi dalam kategori Gunshu pula esok, menjanjikan aksi yang terbaik demi memperoleh keputusan cemerlang.
Berkongsi kembali Walid mendedahkan dirinya telah menjalani latihan di China sebagai persiapannya SUKMA kali ini.
Menurutnya, sejurus SUKMA Sarawak 2024 dirinya bakal menyertai kejohanan Wushu dunia di Brunei yang merupakan pertandingan kategori remaja terakhir untuknya.
“Saya ada dua lagi pertandingan, iaitu di Macau dan Jepun, dan saya berharap dapat buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui TVS di Dewan Wushu SSC di sini, hari ini.
Walid memberitahu adalah impian semua atlet untuk beraksi di Olimpik namun acara Wushu tidak dipertandingkan oleh itu dirinya giat menyertai beraksi di pertandingan antarabangsa. -TVS