KUCHING, 15 Ogos: Kontinjen Pulau Pinang dan Perak menambah pingat emas kedua masing-masing pada hari kedua acara wushu Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.
Nangun wanita dan lelaki adalah acara pertama dan kedua yang berlangsung pada sesi petang hari kedua Wushu di Pusat Latihan Wushu Sarawak.
Atlet Pulau Pinang, Belfern Lee menewaskan 11 pencabarnya dalam acara nangun wanita dengan markah tertinggi 9.533 sekali gus melayakkan membawa pulang pingat emas kedua untuk kontinjen itu.
Pingat emas pertama Pulau Pinang juga dari Wushu, iaitu dari acara wushu Chang Quan lelaki yang berlangsung semalam.
Pingat perak acara nangun wanita dimenangi atlet Melaka Tan Pei Ler (9.483) dan atlet Johor manakala pemenang gangsa, Eurnice Pang Wei En meraih 9.423 markah.

Bagi Nanquan lelaki, atlet Perak Foo Mun Fei mengalahkan 15 pencabarnya dengan markah 9.593 dapat pingat emas.Â
Ini adalah pingat emas kedua untuk Perak selepas mengutip emas pertama dari acara berbasikal lebuh raya bagi acara ujian masa perseorangan wanita, semalam.
Atlet Johor, Chee Zi Xiang meraih pingat perak manakala Sing Guan Sheng dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga.