Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih Tinju Negeri Sembilan Azmi Md Yunus berkata Negeri Sembilan mensasarkan satu pingat emas untuk SUKMA kali ini. Foto Muqri Aziz (TVS)

SUKMA: Negeri Sembilan sasar satu pingat emas, tampilkan lima petinju

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 15 Ogos: Kem tinju Negeri Sembilan mensasarkan satu pingat emas daripada semua kategori yang dipertandingkan bagi acara sukan tinju pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Jurulatih tinju Negeri Sembilan Azmi Md Yunus berkata skuadnya yang telah melakukan persediaan yang cukup rapi sejak awal tahun ini yakin mampu membawa kejutan kepada pencabar-pencabar lain.

“Walaupun kami menghantar lima atlet sahaja di Sarawak tetapi kita tetap mahu membawa sekurang-kurangnya satu pingat emas untuk dibawa pulang ke Negeri Sembilan.

“Persiapan anak-anak buah saya sudah 100 peratus bersedia dan hanya tinggal bertarung di atas pentas kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menghadiri sesi taklimat dan sesi undian di Seri Simanggang Hotel di sini hari ini.

Ditanya mengenai reaksi beliau hasil daripada sesi undian berkenaan, beliau berkata setiap kontinjen masing-masing mempunyai peluang untuk merangkul pingat emas.

“Setiap petinju perlu giat berusaha dari sudut teknikal untuk mempertingkatkan kelemahan mereka sebelum memasuki dalam gelanggang kelak,” katanya lagi.

Negeri Sembilan pertaruhkan lima atletnya iaitu Asymawi Abdullah (Light Middle), Muhammad Zulharriz Suhaimi (Fly), Najmuddin Abdul Rahman (Bantam), Nur Farzana Husna Shahrelamdan (Women’s Fly) dan Nurin Irdina Mohd Yuzamry (Women’s Minimum). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan