Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para atlet dan penyokong memberi kata-kata semangat kepada pasukan sofbol lelaki Sarawak yang menentang Johor di IKBN Miri, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Laungan ‘agi idup agi ngelaban’ bergema di IKBN Miri

ByAkma Salleh

MIRI, 15 Ogos: Para penyokong melaungkan kata-kata semangat kepada pasukan acara sofbol Sarawak yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, pagi ini.

Nyanyian lagu keramat bergema dengan bait-bait liriknya menyebut ‘Sarawak pantang dicabar, agi idup agi ngelaban’.

Nyanyian dan laungan itu sebagai tanda sokongan kepada pasukan sofbol Sarawak yang menentang Johor pagi ini bagi kategori lelaki.

Sementara itu, pasukan sofbol wanita Sarawak pula dijadualkan bertemu Negeri Sembilan pada aksi pusingan pertama kumpulan D di IKBN Miri jam 2 petang, hari ini.

Julai lepas skuad sofbol Sarawak menjalani latihan dan mengikuti kejohanan di Singapura selama 10 hari sebagai persediaan bagi kempen Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Pusingan pertama (7 innings) bagi acara sofbol akan berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos sebelum ke Grand Final pada 19 Ogos nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan