Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Fariz Guntor (tengah) bersama Azwan Abdullah dan Ketua Jurulatih Sepak Takraw Sabah, Daut Amba (kanan) semasa ditemui TVS selepas perlawanan menentang Sarawak di Stadium Muhibbah Bintulu hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

SUKMA: Latihan singkat bukan penghalang skuad sepak takraw lelaki Sabah raih kemenangan

BySteward Dawi

BINTULU, 15 Ogos: Meskipun menjalani latihan lebih kurang dua bulan untuk membuat persiapan bagi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, skuad sepak takraw lelaki Sabah menewaskan skuad Sarawak dengan pungutan mata 2-1 dalam pusingan round robin pagi ini.

Killer Sabah, Mohamad Fariz Guntor, 21, berkata kebanyakan negeri yang mengambil bahagian menjalani latihan dalam tempoh yang lama seperti berbulan-bulan dan hampir setahun.

“Kami (skuad Sabah) hanya membuat persiapan dalam tempoh yang singkat, tetapi dapat menonjolkan pretasi yang terbaik setakat ini.

“Kami akan terus berusaha dan membuktikan kepada jurulatih bahawa kami boleh melakukan ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui TVS selepas tamat perlawanan.

Atlet dari Papar itu berkata, kerjasama dan komitmen yang tinggi melibatkan semua ahli kumpulan juga antara kunci utama untuk mereka mara ke pusingan seterusnya selepas ini.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Sabah, Azwan Abdullah berkata, dalam tempoh dua bulan itu pihaknya memberi latihan dan sokongan yang jitu kepada para pemain bagi memastikan mereka mampu bersaing di dalam SUKMA tahun ini.

“Kita dapat melihat para pemain sepak takraw lelaki tadi telah menunjukkan tahap prestasi yang agak cemerlang.

“Persembahan mereka semasa di atas gelanggang pada tahap yang memuaskan setakat ini,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya skuad sepak takraw lelaki Sabah berjaya melayakkan diri ke peringkat yang lebih jauh, mereka perlu lebih bekerja keras dan memberikan usaha 100 peratus sekali gus mendapat tempat atau pingat emas di dalam SUKMA tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan