Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet wushu Selangor Mandy Cebelle Chen menyumbang pingat emas kedua kepada kontinjen Selangor. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: Emas kedua Selangor menerusi wushu

ByKah Joo

KUCHING, 15 Ogos: Atlet wushu Selangor Mandy Cebelle Chen menyumbang pingat emas kedua kepada kontinjen Selangor.

Mandy menjuarai acara Taijiquan Wanita apabila menewaskan 18 pemain lain, dengan markah tertinggi 9.606.

Ini adalah pingat emas kedua diperolehi beliau selepas meraih pingat emas dalam acara Taijijian Wanita semalam.

Pingat perak dianugerahkan kepada atlet Wilayah Persekutuan Kwan Yong Xin (9.600) dengan markahnya hanya kurang 0.006 mata berbanding markah juara.

Carmen Chaw Jia Min meraih pingat gangsa. Foto Alex Teo (TVS)

Atlet Sarawak, Carmen Chaw Jia Min juga beraksi dengan baik, dengan markah 9.573 sekali gus memenangi pingat gangsa.

Ini adalah pingat kedua yang disumbang beliau apabila semalam meraih pingat perak dalam Taijijian wanita.

Seorang lagi atlet Sarawak Andra Chan Zhi Zheng dengan markah 9.406 menduduki tempat ke-10.

Acara Taijiquan Wushu berlangsung di Pusat Latihan Wushu Sarawak pada Khamis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan