Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Helman Morni yakin kemenangan penuh milik Sarawak. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA 2024: Skuad tinju optimis julang kemenangan

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 15 Ogos: Skuad tinju Sarawak yang mula berentap esok optimis bakal menjulang kemenangan besar pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 ini.

Ketua Jurulatih Kem Tinju Sarawak, Helman Morni meyakini meskipun mempertaruhkan 100 peratus muka baharu dalam acara sukan itu, persediaan awal yang rapi pihaknya bakal memberi kejutan kepada para pencabar mereka.

“Selepas sahaja sesi undian tadi, saya optimis bahawa petinju-petinju Sarawak masing-masing berpeluang untuk melayakkan mereka ke peringkat final.

“Namun, sudah semestinya kita akan mengatur strategi-strategi baharu bagi memastikan kemenangan milik Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menghadiri sesi taklimat dan sesi undian di Seri Simanggang Hotel di sini hari ini.

Helman memberitahu skuadnya kali ini mempertaruhkan tiga atlet wanita bagi menyahut seruan Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) dan Persatuan Tinju Sarawak (SABA).

”Kita menyertai kesemua kategori wanita iaitu Patricia Jaquilina Bruce (Minimun Weight), Clavia Charlene Sudang Kenedy (Fly Weight) dan Hamiesha Hamdan (Feather Weight) dan yakin mereka boleh menyapu semua pingat yang ditawarkan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan