Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo Foto Muqri Aziz (TVS)

SUKMA 2024: Platform lahirkan petinju profesional – SABA

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 15 Ogos: SUKMA Sarawak 2024 diakui sebagai platfrom terbaik melahirkan bintang dalam sukan tinju untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo berkata temasya sukan kali ini menyaksikan penglibatan ramai atlet amatur yang berpotensi untuk memajukan sukan berkenaan.

“Semoga dengan adanya kejohanan SUKMA kali ini, sukan yang kita minati akan terus berkembang di Malaysia.

“Bukan itu sahaja, kehadiran penuh daripada kesemua kontinjen ini, kita dapat mencapai serta mencari apa yang kita mahu untuk memajukan sukan tinju di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi taklimat dan sesi undian di Seri Simanggang Hotel di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Tinju SUKMA Sarawak 2024, Jamal Sheikh Abdullah dan Delegasi Teknikal Tinju SUKMA Sarawak 2024, Mohd Shamsul Deran.

Rahman dalam pada itu turut menzahirkan kegembiraannya berikutan Bahagian Sri Aman dipilih menjadi tuan rumah bagi acara berkenaan yang pernah menganjurkan dua kejohanan terbesar selain mendapat sokongan padu daripada penduduk di sini.

Sehubungan itu, beliau mahu semua penduduk Simanggang hadir ke stadium di sini bagi menyemarakkan sokongan kepada petinju mulai esok, 16 hingga 23 Ogos ini.

Sementara itu, Shamsul Deran berterima kasih kepada SABA selaku tuan rumah edisi kali ini telah memperkenalkan acara sukan tinju bagi kategori wanita buat pertama kali.

“Sejak SUKMA diadakan pada 38 tahun lalu, tidak pernah dianjurkan untuk kategori wanita dan Sarawak berani tampilkan kategori tersebut bagi edisi kali ini.

“Saya berharap agar kategori berkenaan terus dikekalkan pada edisi akan datang di Selangor agar kita boleh mencari serta melahirkan atlet tinju wanita yang berkebolehan tinggi,” katanya lagi.

Pada edisi kali ini, sebanyak 12 kategori dipertandingkan bagi atlet lelaki manakala 3 kategori pula adalah wanita dengan jumlah keseluruhan atlet adalah 112 atlet.

Acara tersebut yang akan diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman menawarkan sebanyak 15 pingat emas. – TVS

Tags: sukma, tinju

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan