Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Affandey Awang Kati (kiri) menaruh harapan tinggi kepada Muhammad Ariff Aiman Mohd Faris (kanan) bawa pulang pingat emas untuk Johor. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA 2024: Johor ada strategi raih emas dalam ‘laluan sukar’ tinju

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 15 Ogos: Skuad tinju Johor mengakui tiga kategori menjadi laluan sukar kepada atletnya memungut pingat emas pada SUKMA edisi kali ini.

Jurulatih Pasukan Tinju Johor, Awang Affandey Awang Kati berkata perkara itu merupakan cabaran meskipun kontinjen itu bersandarkan kepada dua atlet yang pernah beraksi pada SUKMA edisi lepas.

Menurutnya tiga kategori berkenaan adalah kategori Bantam Weight (51-54kg), Light Heavy Weight (75kg-80kg) dan Cruiser Weight (80kg-86kg).

Namun begitu cabaran itu tidak menggetarkan skuad itu berikutan memiliki senjata rahsia demi menjulang kemenangan untuk Johor.

“Tiga kategori ini pada saya agak susah kerana kategori Cruiser, atlet kita Haikal Iskanda Zailani akan bertemu dengan petinju daripada Majlis Sukan Negara (MSN) yang mewakili negeri Kedah (Muhammad Syahmi Kauthar).

“Manakala bagi kategori Bantam pula, atlet daripada Pulau Pinang iaiti Pavithran Rajini Kanth pernah bertanding pada SUKMA sebanyak tiga kali jika berbanding dengan atlet saya yang pertama kali bertanding pada edisi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menghadiri sesi taklimat dan sesi undian di Seri Simanggang Hotel di sini hari ini.

Selain daripada dua atlet Johor yang mempunyai pengalaman dalam SUKMA, beliau berkata skuadnya turut menampilkan lima atlet untuk memperkuatkan kem berkenaan bagi merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Beliau turut mendedahkan harapan yang tinggi dipertaruhkan kepada Muhammad Ariff Aiman Mohd Farid yang mengambil bahagian dalam kategori Welter (67kg) untuk membutirkan kilauan emas ke negeri Johor nanti.

“Saya sendiri ada strategi untuk petinju-petinju baharu kita dari segi teknikal lawannya dan sebagainya untuk bertanding di atas gelanggang sampai ke final.

“Itu adalah strategi saya yang mana benda tu saya tak boleh kongsi di sini,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan