Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Sofbal Johor, Aidid meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang Sarawak pada perlawanan peringkat Kumpulan A dalam Sukma Sarawak ke-21 di IKBN Miri hari ini. Foto, Bernama.

Sofbol: Johor mahu kekalkan corak permainan pantas bertemu Terengganu esok

ByAkma Salleh

MIRI, 15 Ogos: Johor akan mengekalkan corak permainan pantas apabila turun menentang Terengganu pada perlawanan kedua sofbal lelaki kumpulan A di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) esok.

Jurulatihnya, Abdul Afiq Abdul Wahab berkata gaya permainan itu perlu dikekalkan selepas mereka berhasil menahan asak Sarawak dalam perlawanan pertama pagi tadi.

“Hari ini kami diberikan tentangan sengit oleh Sarawak. Kita boleh saksikan berlaku aksi saling memintas membabitkan kedua-dua pasukan.

“Alhamdulillah, prestasi pemain bagus cuma ada sedikit kelekaan di tengah permainan, tapi kita berjaya perbaiki dan kekalkan kemenangan sehingga akhir permainan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

SUKMA: Sarawak tewas kepada Johor namun peluang ke separuh akhir masih terbuka

Dalam perlawanan itu Sarawak pada awalnya mendahului Johor 1-0 sebelum mereka bangkit dengan catatan 6-2 dan seterusnya mencatatkan kemenangan tipis 9-8.

Sementara itu Abdul Afiq mahu pemainnya berjuang habis – habisan apabila bertemu lawan dari Pantai Timur itu.

“Kami yakin dapat mencatatkan kemenangan kedua esok,” katanya.

SUKMA: Sarawak tewas kepada Johor namun peluang ke separuh akhir masih terbuka

Sementara itu, atlet sofbol Johor Kuunalan Segar, 18, berkata dia optimis untuk membawa kemenangan kepada pasukannya apabila menentang Selangor pada 17 Ogos nanti.

“Walaupun tadi ada aksi kejar mengejar namun saya sangat berpuas hati kerana menang.

“Ini semua hasil latihan keras. Perlawanan belum berakhir kerana kami akan menentang Selangor pada 17 Ogos nanti,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan