Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting. Foto TVS

Sofbol: Beraksi baik, Sarawak tewas tipis kepada Johor

BySalasiah Safian

MIRI, 15 Ogos: Sarawak kalah tipis dalam acara sofbol lelaki Kumpulan A ketika menentang Johor hari ini dengan skor 9-8 di Padang Bola Sepak, IKBN di sini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting yang hadir menyaksikan pertembungan itu mengakui kesemua atlet telah beraksi dengan baik.

“Saya berada di sini melihat sendiri perlawanan mereka dan kemudian kami (Sarawak) kalah dengan hanya satu mata (9-8). Mereka menang dengan satu lah. Para atlet benar-benar mencuba yang terbaik,” katanya .

Beliau yang juga Timbalan Chef De Mission karate dan sofbol Sarawak berkata demikian kepada pemberita di Padang Bola Sepak, IKBN di sini, hari ini.

Selain itu pasukan perempuan tuan rumah juga memulakan langkah kiri ketika berdepan Negeri Sembilan dalam pusingan pertama (7 innings) kumpulan D hari ini dengan skor akhir 3-14.

Lapan perlawanan (lelaki dan wanita) diadakan hari ini (Sarawak vs Johor), (Perak vs Pahang), (Perak vs Kuala Lumpur), (Sabah vs Pahang), (Terengganu vs Selangor), (Sabah vs Negeri Sembilan), (Johor vs Selangor), (Negeri Sembilan vs Sarawak). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan