BINTULU, 15 Ogos: Skuad sepak takraw wanita Sabah mahu membuktikan Sumandak dari Negeri diĀ Bawah Bayu mampu memberikan saingan sengit kepada Selangor malam ini.
Feeder skuad itu Nadillatul Rosmahani Saidin berkata, pasukannya mahu menjadikan kemenangan skuad lelaki Sabah pagi tadi sebagai pembakar semangat.
āKita akan memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha untuk meraih kemenangan malam ini,ā katanya ketika ditemui TVS di Stadium Muhibbah hari ini.
Nadillatul Rosmahani yang berasal dari Nabawan berkata, mereka telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang menjalani latihan sebelum berentap pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
āTidak kira pagi atau petang, kadang-kadang sampai malam kami berlatih supaya dapat berikan aksi terbaik pada SUKMA.
“Kami berharap semua input yang dipelajari semasa latihan sebelum ini dapat dipraktikkan di sini,ā jelasnya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah Daut Amba berkata, pihak pengurusan menaruh harapan yang tinggi kepada skuad sepak takraw wanita untuk merangkul empat pingat emas yang ditawarkan.
āSebelum ini pada SUKMA 2022, kami berjaya membawa pulang dua pingat emas.
āSUKMA 2024 di Sarawak ini ada empat kategori yang dipertandingkan dan kami mahu merebut semua pingat empas itu,” ujarnya. -TVS.