Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa ketika sidang media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di sini, hari ini. Foto Bernama

Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol

ByBernama

PUTRAJAYA, 15 Ogos: Polis telah mengenal pasti seorang pemain bola sepak amatur yang ditahan pada 8 Ogos lepas kerana membawa kerambit ke padang bola, sebagai suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara Mei lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata berdasarkan siasatan polis yakin lelaki berusia 22 tahun itu adalah orang dikehendaki berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata pemain bola sepak itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958, Seksyen 336 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana membawa kerambit dan membaling bom petrol.

“Polis kenal pasti pemain bola sepak itu sebagai suspek kes molotov cocktail berdasarkan siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pengecaman,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di sini, hari ini.

Lelaki itu dikesan membawa kerambit ke padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA pada 4 Ogos lepas, selepas gambar kejadian itu kemudiannya menjadi tular di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan