Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) hari ini untuk arahan lanjut.

Pembunuhan Cikgu Istiqomah: Polis serahkan kertas siasatan kepada PPN hari ini

ByBernama

MELAKA, 15 Ogos: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) hari ini untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata PPN dijangka mengeluarkan arahan pendakwaan sama ada petang ini atau esok, dan pendakwaan terhadap seorang suspek kes itu dijangka selewat-lewatnya Isnin depan.

“Ketua Polis Melaka (Datuk Zainol Samah) dijangka mengeluarkan siaran media khas dan kita akan maklum juga bila suspek akan dituduh di mahkamah,” katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 6 Jan lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira pukul 2 petang.

Selepas kira-kira lapan bulan berlalu, Isnin lepas Ashari mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.

Susulan itu Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan