KUCHING, 15 Ogos: Presiden Palau telah menuduh China menggunakan destinasi pelancongan sebagai senjata dalam usaha untuk mendapatkan kepulauan kecil dan memberi tekanan agar memutuskan hubungan dengan Taiwan.
Palau adalah salah satu daripada hanya 12 negeri di seluruh dunia yang secara diplomatik mengiktiraf Taiwan yang diperintah sendiri, yang mana China masih beranggapan ia sebahagian daripada wilayahnya.
Presiden Palau Surangel Whipps berkata tekanan yang diberikan Beijing ke atas kepulauan-kepulauan kecil yang didiami lebih 18,000 ribu peduduk itu menyaksikan kepulauan Solomon, Kiribati dan Nauru telah bertukar taat setia dari Taiwan kepada China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kami mempunyai hubungan dengan Taiwan… China secara terbuka memberitahu kami (itu) adalah haram dan kami tidak sepatutnya mengiktiraf Taiwan,” kata Whipps kepada pemberita Rabu.
Bercakap semasa lawatan rasmi oleh Menteri Luar New Zealand Winston Peters, Whipps mendakwa China telah memberitahu Palau bahawa “‘langit adalah had, kami boleh memberikan anda semua yang anda perlukan'”.
“Kami memerlukan pembangunan ekonomi, tetapi pada masa yang sama kami mempunyai nilai, kami mempunyai perkongsian, dan hubungan yang kami ada dengan Taiwan, kami hargai,” tambahnya.
“Kami bersedia untuk menjadi kawan China, tetapi tidak dengan mengorbankan hubungan kami dengan Taiwan.”
Menurut data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa kira-kira separuh daripada keluaran dalam negara kasar Palau datang daripada pelancongan.
“Baru-baru ini, terdapat dalam berita Cina bahawa Palau adalah tempat yang tidak selamat dan anda tidak sepatutnya pergi melawat,” kata Whipps.
Beliau juga berkata Palau telah disekat daripada menghadiri mesyuarat Persatuan Ejen Pelancongan Asia Pasifik di wilayah China, Macau sejurus sebelum beliau menghadiri perasmian Presiden Taiwan Lai Ching-te pada Mei.
“Ia adalah realiti yang kita hadapi,” tambah Whipps.
Ini bukan kali pertama Whipps menuduh Beijing campur tangan dalam hal ehwal Palau.
Dia menuding jari ke arah China pada Jun selepas Palau mengalami serangan siber besar. Whipps berkata analisis data menunjukkan perisian tebusan itu berkemungkinan dibangunkan di Rusia, ia dihantar keluar dari Malaysia. – TVS