KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dipilih menerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang ASEAN sempena Anugerah Keusahawanan ASEAN 2024.
Anugerah berkenaan diberikan oleh KSI Strategic Institute For Asia Pacific dan ASEAN Economic Club di atas usaha beliau memacau pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi serantau.
Pengerusi KSI Strategic Institute For Asian Pacific Tan Sri Majid Khan berkata, idea ekonomi baharu yang dicetuskan Abang Johari bukan Sahara memanfaatkan Sarawak dan Malaysia malas seluruh rantau ini.
“Kerjasama dengan pemain global tenaga boleh diperbaharui pula telah meletakkan Sarawak pada peta transformasi tenaga global.
“Bersama dengan inisiatif ekonomi digital, Sarawak akan mengikuti rangka kerja digital dan ketersambungan ASEAN yang mana akan menghubungkannya secara strategik dengan Indonesia, Singapura, Filipina dan merentasi ke Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand dan Myanmar,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Sementara itu Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pula menerima Anugerah Pemimpin Perniagaan ASEAN 2024 bersama Pengerusi Acumen Capital dan Kumpulan Acumen Kemboja, Sarath Ying dan Naib Pengerusi Kelab Ekonomi ASEAN, Albert Tung.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Micheal Yeoh. -TVS.