Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bryan Ti Kai Jie (kanan) dan Tan Pei Ler (kiri) memenangi pingat emas dalam lelaki dan perempuan Nanquan di Wushu SUKMA Sarawak. Foto TVS

Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024

ByBernama

KUCHING, 14 Ogos: Gerakan tangkas dan kemas atlet wushu Melaka Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki membolehkannya memahat nama dalam sejarah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas memenangi pingat emas pertama temasya sukan edisi ke-21 itu hari ini.

Ia juga emas sulung Melaka pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.

Pada saingan final yang berlangsung di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya di sini, atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.

Pingat perak menjadi milik Foo Mun Fei dari Perak, manakala atlet tuan rumah Fung Tai Leong terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas kedua-duanya berkongsi 9.560 mata.

Wushu, sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan menawarkan keseluruhan 28 pingat emas sepanjang tiga hari pertandingan bermula hari ini.

SUKMA 2024 yang dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak, menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 (wanita) dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain dijangka menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016.

Ikuti liputan komprehensif menerusi laman web khas sukma.bernama.com yang menyajikan berita berkaitan perkembangan semasa kontinjen negeri dan pencapaian mahupun cerita-cerita menarik atlet terlibat dalam temasya sukan dwitahunan itu.

Laman web dwibahasa itu juga akan memaparkan keputusan terkini selain galeri foto, video, carta pungutan pingat dan fakta menarik penganjuran SUKMA kali ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan