Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarawak, Stanley Liew semasa kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

TYT bersetuju jadi Penaung Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarawak

ByTVS

KUCHING, 14 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah bersetuju menjadi Penaung Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarawak.

Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarawak, Stanley Liew berkata, pihaknya dalam kunjungan hormat turut memaklumkan kepada beliau mengenai Piala Cabaran TYT yang merupakan penghargaan kepada penderma darah terbanyak oleh mana-mana organisasi atau agensi yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah sepanjang tahun.

Katanya, Tun Wan Junaidi turut bersetuju untuk menjadi penganjur kepada Piala Cabaran TYT untuk penderma darah di Sarawak.

“Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sarawak turut menjemput beliau sebagai tetamu kehormat semasa Majlis Volunteer Recognition Night yang bakal dianjurkan di Miri,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Rabu.

Jelasnya, Tun Wan Junaidi bersetuju untuk hadir ke acara tahunan itu yang merupakan satu majlis untuk mengiktiraf para sukarelawan, penerima pencapaian terbaik dan para pemimpin dari seluruh cabang di Sarawak.

“Jadi pada malam itu, hari volunteer recognition event akan bersama-sama dengan semua ahli yang dijemput dan pemimpin dari pelbagai cawangan di Sarawak untuk berkumpul dan akan menjadi pengiktirafan kepada para pemimpin, pencapaian terbaik dan sebagainya termasuk penyumbang kepada Bulan Sabit Merah.

“Kami sangat gembira kerana Tun Wan Junaidi telah bersetuju dengan ketiga-tiga jemputan kami,” jelasnya. – TVS

Tags: kunjungan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan