Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Ismawi Ismuni ketika sesi lawatan ke tapak projek Taman Agro Bersepadu Igan. Foto RECODA

Taman Agro Bersepadu Igan dijadual siap 2026

ByAsmah Adenan

KUCHING, 14 Ogos: Taman Agro Bersepadu Igan bernilai RM20 juta yang bertujuan merevolusikan pertanian, dijangka siap menjelang tahun 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datu Ismawi Ismuni berkata projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan itu bakal menampilkan pertanian moden yang dinamik sekali gus mempromosikan agropelancongan dan ekopelancongan.

“Sejajar dengan visi dan misi kita iaitu mentransformasikan kawasan luar bandar menjadi hab ekonomi di rantau ini bersama-sama dengan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), sudah pasti taman agro ini kelak mampu menarik para pelabur, mewujudkan peluang pekerjaan serta dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi.

“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan sosioekonomi di kawasan ini dengan mewujudkan peluang keusahawanan dan menjana pendapatan bagi masyarakat setempat,” katanya menerusi kenyataan susulan lawatan ke Taman Agro Bersepadu Igan pada Selasa.

Tambahnya lagi, apabila siap kelak, Taman Agro Bersepadu ini bakal memberikan pengalaman kepada pengunjung dengan merasai dan mempelajari amalan pertanian sekali gus menarik minat masyarakat untuk menceburi bidang tersebut.

“Tarikan berasaskan pertanian seperti pasar tani juga sudah pasti akan meningkatkan daya tarikan pengunjung,” ujarnya.

Projek seluas 260 ekar itu masih di peringkat awal pembinaan dengan memfokuskan pembangunan 30 ekar bagi fasa pertama termasuk membina akses jalan raya, infrastruktur asas dan bangunan penting serta membangunkan koleksi dan kemudahan pemprosesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan