Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak melangkah ke separuh akhir acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas mengejutkanĀ juara bertahan, Wilayah Persekutuan 3-1 dalam aksi suku akhir, hari ini. Foto, Alex Teo (TVS).

SUKMA: Sokongan penyokong suntik semangat futsal Sarawak bangkit melawan

ByCheryl Syahmina Toh

KOTA SAMARAHAN, 14 Ogos: Ketua jurulatih futsal Sarawak, Mohd Faizal Zamri menyifatkan kejayaan meraih satu mata penting dalam perlawanan pertama Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 semalam dibantu oleh sokongan padu penyokong mereka.

Mohd Faizal berkata, barisan pemainnya juga menunjukkan semangat tidak mudah mengalah dan bangkit mengasak pelawat walaupun mereka ketinggalan 1-3 selepas tamat separuh masa pertama.

ā€œPasukan dijangka sukar dapat jaringan kerana Perak mendahului dengan agak selesa namun kita dapat lihat, (sorakan) penyokong yang luar biasa membuatkan pasukan Sarawak berjaya bangkit serta menjaringkan gol ketika suasana tegang,ā€ katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Tertutup Kota Samarahan.

Dalam aksi kumpulan B itu, Perak mendahului seawal minit pertama menerusi jaringan Danish Syaufi Firhan Ramlie sebelum Sarawak menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri pemain lawan, Muhammad Haziyhidawi Mazlan dua minit kemudian.

Muhammad Haziyhidawi dan Mohamad Amirul Aiman Mohamad Hamdan kemudian menyumbang dua gol untuk Perak.

Sarawak merapatkan kedudukan pada minit ke-20 melalui jaringan Asyraff Zakaris dan gol sendiri oleh pemain Perak, Mohamad Amirul Aiman pada minit ke-27.

Mohammad Aedel Izzwan Iswandi kemudian meletakkan Sarawak di hadapan dengan kedudukan 4-3 pada minit ke-35.

Ketika tuan rumah di ambang kemenangan, Abdul Hadi Muhamad Azhan menjaringkan gol pada minit terakhir permainan untuk Perak sekali gus mengikat kedudukan 4-4.

Sementara itu, kapten Sarawak Mohamad Azrin Shahmin Jefery berkata harapan untuk meraikan kemenangan di hadapan penyokong sendiri musnah, mereka berazam untuk bangkit perlawanan seterusnya menentang Pahang.

ā€œ(Tadi) kami sudah bertungkus lumus untuk mempertahankan kelebihan satu gol namun ada ruang bocor, Perak jaringkan gol, rezeki mereka.

“Justeru, kami akan lebih bersedia dengan strategi yang lebih mantap untuk menentang pasukan Pahang, insya- Allah kami akan meraih kemenangan,ā€ katanya.

Perlawanan kedua Sarawak menentang Pahang berlangsung 4.30 petang ini. -TVS.

Tags: futsal, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan