Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Sofbol Wanita Selangor yang tiba di Miri pada 13 Ogos untuk acara sukan tersebut yang akan berlangsung 15 Ogos ini. Foto Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Sofbol wanita Selangor tiba di Miri dengan reputasi juara

BySalasiah Safian

MIRI, 14 Ogos: Acara sofbol yang kembali dipertandingkan pada pentas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak itu turut menjanjikan saingan sengit bagi perebutan pingat emas.

Bagi kategori perempuan, pasukan Selangor antara yang tampil selaku pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan.

Ketua jurulatihnya Mohd Kamal Sulaiman berkata, mereka sudah melakukan persiapan rapi sejak Oktober tahun lepas.

SUKMA: Perak yakin raih emas untuk acara sofbol lisut wanita

“Sasaran kami sudah semestinya emas, jadi doakan pasukan Selangor,” katanya kepada TVS ketika tiba di Lapangan Terbang Miri semalam.

Tambah Mohd Kamil, pasukannya baru-baru ini muncul johan dalam terbuka kebangsaan yang berlangsung di Kuantan, Pahang.

“Dua bulan lepas, kami mendapat tempat ketiga untuk Pra-SUKMA yang juga berlangsung di Kuantan, Pahang,” katanya.

Ditanya mengenai saingan, kata beliau Perak dilihat sebagai saingan sengit selain Johor.

SUKMA: Perak yakin raih emas untuk acara sofbol lisut wanita

Sementara itu, ketua pasukan Ain Aisyah Hasnul Hanizamri pula berkata dia menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan kemenangan pasukan.

Namun katanya, menjelang hari pertandingan mereka semakin positif dan akan turun beraksi dengan semangat berpasukan.

“Apabila mempunyai satu pasukan yang sentiasa mempunyai semangat kebersamaan, saya tidak lagi mengganggap ia sebagai satu beban,” katanya.

Acara sofbol perempuan akan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan