Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat pasukan pilihan, Sabah untuk mencatat permulaan sempurna tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 menentang Pahang pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan bola sepak wanita SUKMA Sarawak 2024 di Kuching, hari ini. Foto hiasan (TVS)

SUKMA: Sabah, Pahang berkongsi mata, Selangor berpesta gol

ByBernama

KUCHING, 14 Ogos: Hasrat pasukan pilihan, Sabah untuk mencatat permulaan sempurna tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 menentang Pahang pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan bola sepak wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di sini hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Negeri, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun buntu untuk mendapatkan gol sehingga tamat separuh masa.

Bersambung babak kedua, Pahang menghidupkan peluang meraih kemenangan selepas mendahului Sabah menerusi jaringan pemain sayap, Zarith Sofea Nor Azri pada minit ke-79.

Namun, keghairahan skuad bimbingan Mohd Zerry Nazeri itu kemudian dihukum Sabah yang berjaya menyamakan kedudukan pada lewat permainan hasil penyudah Rocillyeka Lole pada minit ke-90.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Mohd Zerry mahu anak buahnya lebih fokus apabila menentang pasukan tuan rumah Sarawak pada aksi kedua kumpulan Jumaat ini.

“Walaupun beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan tidak sihat, mereka masih bersemangat untuk mencatat kemenangan menentang tuan rumah nanti,” katanya.

Ketua jurulatih Sabah Petronella Douny berkata barisan pemainnya akan memperbaiki gerakan penyudah untuk mencatat kemenangan apabila berdepan Sarawak dalam aksi kedua Kumpulan A pada Isnin ini.

“Kami belum pernah bertemu pasukan tuan rumah tetapi yang pasti kami mahukan kemenangan untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, saingan Kumpulan B menyaksikan Selangor membelasah Wilayah Persekutuan 6-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang D, Petra Jaya.

Pulau Pinang yang turut berada dalam kumpulan sama dijadual menentang Wilayah Persekutuan pada Jumaat ini dan Selangor, Ahad ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan