Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awangko Shahbudin Pengeran Abu Bakar dan Mohd Nidzam Adzha Yusoff (kiri).

SUKMA: Perubahan taktikal membuahkan hasil buat Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 14 Ogos: Pertemuan pasukan Sarawak dan Wilayah Persekutuan dalam acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Mukah hari ini menyaksikan perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan seri satu sama.

Gol penyamaan Sarawak dijaringkan oleh pemain nombor 19, Mohammad Faris Mohd Faidillah, pada minit ke-58, menghidupkan semula semangat pasukan di hadapan ribuan penyokong yang hadir dari sekitar kawasan Mukah untuk memberikan sokongan padu.

Jurulatih pasukan Sarawak, Awangko Shahbuddin Pengiran Abu Bakar mengakui mereka melakukan perubahan taktikal yang drastik selepas Wilayah Persekutuan menjaringkan gol awal.

“Kita terpaksa menukar strategi kerana pasukan Wilayah Persekutuan lebih baik secara taktikal. Pada mulanya, formasi 3-4-3 yang digunakan tidak berhasil, jadi kami beralih kepada bola tinggi untuk menembusi pertahanan lawan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Katanya lagi, perubahan tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila pasukan berjaya menyamakan kedudukan.

“Kami bersedia untuk menukar taktikal jika strategi asal tidak menjadi, dan Alhamdulillah, keputusan itu membantu kami mendapatkan gol penyamaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan Wilayah Persekutuan Mohd Nidzam Adzha Yusoff menyatakan rasa puas hati dengan prestasi pemainnya, terutama pada separuh masa kedua.

“Walaupun kami hanya dapat satu gol, saya tetap berpuas hati, terutama dengan prestasi pemain pada separuh masa kedua. Peluang banyak dicipta, tetapi nasib tidak menyebelahi kami,” katanya.

Beliau juga yakin pasukannya akan bangkit dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Perak.

“Kami akan membuat kemunculan semula dalam perlawanan terakhir menentang Perak. Kami akan melihat semula taktikal dan penyudah kami untuk memastikan keputusan yang lebih baik,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan