Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nurfara Ain Nabiela menerima rawatan awal. Foto: Amirah Shawel (TVS)

SUKMA: Pelumba basikal wanita Sarawak cedera terjatuh basikal

ByAmirah Shawel

KUCHING, 14 Ogos: Pelumba basikal wanita Sarawak, Nurfara Ain Nabiela Abdullah Hafiz tidak bernasib baik apabila terjatuh ketika menghampiri garisan penamat acara berbasikal ujian masa pagi tadi.

Pegawai teknikal berbasikal Sarawak, Khairel Erfan berkata atlet berusia 19 tahun itu terbabas ketika perlumbaan sejauh 28.3 kilometer (km) itu berbaki 500 meter untuk ditamatkan.

Khairul berkata, Nurfara Ain Nabiela dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit pada kelajuan 70 kilometer (km) sejam.

“Kecederaan yang dialami Nurfara tidak serius kerana hanya mengalami luka dan tidak patah.

“Dia melalui laluan rumput dan ketika itulah tidak boleh kawal basikal dan tercampak atas jalan,” katanya kepada TVS.

Sementara itu pingat emas acara itu dimenangi oleh Ci Hui Nyo dari Perak yang mencatatkan 0.41.10793 saat.

Dia menewaskan Zhen Yi Yeong dari Wilayah Persekutuan manakala Nur Fitrah Shaari dari Kedah membawa pulang gangsa. -TVS.

Tags: basikal, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan