Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Jepak, Iskandar Turkee (tengah), Hasweera Hassan (kiri) dan Ketua Jurulatih Sepak Takraw Wanita, Thawinis Thongprasert (kanan) semasa sidang media di Pusat Media, Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini. Foto Steward Dawi (TVS)

SUKMA: Pelaburan hantar atlet sepak takraw berlatih di luar Sarawak berbaloi – Iskandar

BySteward Dawi

BINTULU, 14 Ogos: Insiatif Kerajaan Sarawak menghantar beberapa atlet Sarawak yang terlibat di dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 untuk mendapatkan latihan di luar Sarawak dilihat berbaloi dan memberi impak positif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, sebagai contoh skuad Sepak Takraw Wanita Sarawak berjaya menonjolkan prestasi yang baik sekali gus mengalahkan skuad Selangor dengan pungutan mata 2-1 dalam pusingan round robin petang tadi.

“Maksudnya pelaburan (menghantar atlet berlatih di luar Sarawak) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuahkan hasil.

“Selain itu, komitmen dan kerjasama dalam kalangan pengurus pasukan, jurulatih, para pemain dan pegawai diharapkan dapat menentukan kita melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyaksikan perlawanan acara Sepak Takraw Wanita melibatkan Sarawak dan Selangor di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.

Dalam perkembangan lain, Iskandar turut mengalu-alukan kedatangan media dari Semenanjung dan Sabah sekiranya ada berkunjung ke Sarawak bagi membuat liputan kontinjen negeri masing-masing bersempena SUKMA 2024.

“Kita mengharapkan mereka menggunakan sebaik mungkin fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Pusat Media ini untuk membuat liputan,” jelasnya.

Beliau juga berharap skuad Sepak Takraw Sarawak untuk semua kategori dapat mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak, Hasweera Hassan berkata, pihaknya membuat persediaan yang rapi untuk skuad Sarawak dengan mendapatkan khidmat jurulatih dari Semenanjung dan Thailand.

“Barisan jurulatih kita telah bertungkus lumus memberi latihan terbaik kepada skuad Sarawak, memberi pendedahan kepada mereka mengambil bahagian di dalam pertandingan di seluruh negara termasuk Thailand (berlatih selama tiga minggu),” jelasnya.

Tambahnya, persatuan dan Kerajaan Sarawak meletakkan harapan besar bagi pasukan Sepak Takraw Sarawak menjadi juara dan berjaya membawa pulang pingat emas.

Skuad Sepak Takraw Wanita Sarawak bakal berentap dengan skuad Pulau Pinang esok malam (15 Ogos) dalam pusingan round robin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan